Dilantik membangunkan Web Hospital Rehabilitasi Cheras

Saya baru menerima berita daripada pihak Hospital bahawa LiveWEBS Technology telah dipilih untuk membangunkan laman web Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).

Pembangunan laman web merupakan salah satu perkhidmatan yang kami lakukan melalui syarikat induk iaitu LiveWEBS.

Mengikut syarat kontrak pembangunan ini perlu disiapkan dalam tempoh 2 bulan.

CMS yang digunakan mestilah menggunakan WordPress versi terkini.

Software CMS ini telah ditetapkan sendiri oleh pihak Hospital.

Laman web asal HRC sebelum ini menggunakan Joomla!

Kerja pembangunan boleh dilakukan mulai sekarang dan hasrat saya tempoh pembangunan dapat disiapkan kurang dari 2 bulan.

Saya berharap ianya dapat dilaksanakan memandangkan kandungan web sebelum ini telah sedia ada dan proses menjadi lebih cepat untuk pembangunan web yang baru.

Terima kasih HRC kerana memilih perkhidmatan kami.

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email
Share on print
Print

Ditulis oleh:

Zaki Yusof

Zaki Yusof

Beliau adalah founder JomTraining Centre. Beliau juga seorang Trainer dan Web Developer untuk Joomla!, WordPress dan OpenCart. Beliau berpengalaman mengajar kepada ribuan kakitangan kerajaan dan swasta, usahawan, pelajar dan pelbagai golongan dalam pembangunan laman web korporat, profesional dan e-commerce sejak 2008.

Nak dapat Update Terbaru JTC?