Sebuah pertubuhan (NGO) telah melantik JTC untuk mengendalikan kursus Joomla! 3.x (versi terkini) secara online untuk kakitangannya.
Persatuan Pengurus Pemulihan Hilangupaya Malaysia (MYDIMA) memberi kepercayaan kepada JTC untuk melaksanakan kursus Joomla! secara online selama 3 hari bermula 26 – 28 Mac 2021.
Kursus Tahap Asas – Pertengahan ini akan dihadiri oleh 4 orang kakitangan.
Objektif utama kursus ini adalah untuk memberikan mereka pembelajaran mengenai Joomla! supaya mereka boleh membangunkan semula laman web yang baru dan mengendalikan sendiri laman web tersebut.
Seperti yang dilihat di laman web asal MYDIMA.org, laman web sekarang adalah terlalu basic.
Kami berharap mereka akan dapat membangunkan laman web baru dengan lebih menarik dan korporat selepas menghadiri kursus ini nanti.
Istimewanya di dalam kursus ini nanti kami akan memberikan Page Builder Pro version yang boleh digunakan untuk membangunkan terus laman web Joomla! dengan lebih mudah.
Page Buider ini sangat mudah dan boleh digunakan untuk membina sebarang bentuk laman web yang diinginkan.
P/S – Jika anda juga ingin mempelajari Joomla! secara online dan memiliki page builder yang akan kami berikan, sila klik di sini.