Joomla! 4 Beta 2 sangat berbeza dengan Joomla! 3

joomla! 4 beta 2

Tahukah anda pada 30 Jun 2020, Joomla 4 Beta 2 dikeluarkan. Saya telah mencubanya.

Anda boleh mencubanya kerana ada sesuatu kelainan besar dari versi Joomla! 3.x sekarang.

Antara perubahan paling besar dan ketara dalam Joomla! 4 adalah user interface (UI) nya.

Lihat ia sangat berbeza dengan versi Joomla! 3.x. Anda boleh  download dan install Joomla! 4 Beta 2 di local pc anda. Download Joomla 4 di page ini.

Lihat di bawah ini. Sangat berbeza dengan Joomla! 3.x

Joomla ! 4

 

Joomla! 3.x

 

Bagi saya sebagai seorang Trainer Joomla!, perubahan besar pada user interface ini merupakan satu cabaran baru untuk menyampaikan pembelajaran Joomla! dengan lebih mudah.

Adakah ianya mudah untuk diterangkan berbanding Joomla! 3.x?

Namun filosopi Joomla! sebenarnya masih sama dan tidak berubah. Iaitu ia masih mengandungi Menus, Modules dan Articles.

Oleh itu, saya percaya pembelajaran Joomla! 4 nanti akan lebih menarik.

Joomla! 4 Beta 2 ini masih tidak boleh digunakan untuk pembangunan web sebenar sehingga tiba ke tahap stable version.

Kita perlu menunggu ke versi RC (Release Candidate) sebelum menjadi Stable Version.

Nota: Joomla 4 Beta 2 adalah hanya untuk percubaan. Ianya belum sesuai untuk pembangunan sebenar atau live site.

 

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email
Share on print
Print

Ditulis oleh:

Zaki Yusof

Zaki Yusof

Beliau adalah founder JomTraining Centre. Beliau juga seorang Trainer dan Web Developer untuk Joomla!, WordPress dan OpenCart. Beliau berpengalaman mengajar kepada ribuan kakitangan kerajaan dan swasta, usahawan, pelajar dan pelbagai golongan dalam pembangunan laman web korporat, profesional dan e-commerce sejak 2008.

Nak dapat Update Terbaru JTC?