Kursus E-Commerce Opencart 3.x dan Payment Gateway

Asas, Pertengahan, Lanjutan

Pengenalan

Pernahkah anda terfikir untuk memiliki kedai online e-commerce anda sendiri seperti Lazada atau Zalora? Namun kekangan kos adalah penghalang kerana untuk memilikinya sangatlah mahal sehingga ratusan ribu RM.

Tahukah anda? Sebenarnya anda boleh memiliki kedai online anda sendiri dengan kos minima.Tidak sampai ratusan atau puluhan ribu RM! Caranya adalah dengan membinanya sendiri. Untuk tujuan itu, perisian OpenCart (perisian ini adalah percuma) sangat sesuai digunakan.

Ianya mudah untuk membina dan mengurus kedai online anda sendiri. Pada era ini, kedai online juga mesti boleh dilihat di mobile device seperti smart phone, tablet, ipod, ipad dan sebagainya.

Kedai online sangat sesuai jika anda menjual pelbagai produk di Internet. Contohnya anda menjual baju, tudung, kasut dan pelbagai lagi dalam satu portal.

Banyak contoh kedai online lain seperti 11street.my dan shopee.com.my. Ia memudahkan pelanggan memilih pelbagai produk dan anda sebagai penjual mudah untuk mengurus jualan, tempahan pelanggan, senarai produk dan lain-lain berbanding berbanding cara manual.

Objektif

  • Latihan 100% secara praktikal membina web kedai online E-Commerce daripada zero hingga berjaya menyiapkannya menggunakan perisian OpenCart.

  • Mempelajari fungsi-fungsi penting yang ada di dalam E-Commerce Opencart termasuk cara-cara pemasangan payment gateway yang murah kosnya.

  • Mempelajari cara memasang E-Commerce Opencart dengan menggunakan domain dan hosting sebenar.

  • Boleh menjadi sumber income tambahan jika anda bercadang mengambil upah membangunkan laman web kedai online E-Commerce Opencart dan dicaj kepada pelanggan. Kos yang kecil tetapi pulangan yang besar!

Sasaran Peserta

√ Pemilik bisnes atau kakitangan syarikat yang ingin membina sendiri kedai online untuk menjual produk secara online.

√ Pemilik kedai online yang menggunakan opencart dan ingin mengendali dan menyelenggara sendiri tanpa menggunakan khidmat vendor yang tinggi kosnya.

√ Usahawan baru / lama yang mementingkan urusan jual beli secara online demi menjimatkan masa dan kos.

√ Usahawan baru atau lama yang ingin membuka cabang bisnes baru dalam pembangunan laman web kedai online. Ramai peniaga online di luar belum dan ingin mempunyai kedai online sendiri terutamanya dimusim pendemik ini.

√ Pelajar / individu / kakitangan syarikat yang ingin tahu cara membina kedai online e-commerce untuk menambah skil individu.

Metodologi

  • Latihan 100% secara praktikal 1 orang 1 komputer.

  • Latihan memasang web kedai online e-Commerce menggunakan domain & hosting sebenar (domain & hosting setiap peserta akan disediakan di dalam kelas untuk tujuan pembelajaran). 

  • Domain dan hosting sebenar untuk perniagaan anda boleh dibeli dimana-mana syarikat selepas kursus (selepas mengetahui info berkenaan domain dan hosting di dalam kursus).

Web Yang Menggunakan OpenCart. Sila lihat.

  1. OnKing – onking.com.my
  2. PG Mall – www.pgmall.my
  3. Pineng – www.pineng.com.my
  4. Galeri Ilmu – www.galeriilmu.com.my
  5. One Shop – www.oneshop.com.my

    Sumber – BuiltWith.com

    Web di atas disahkan menggunakan OpenCart ketika artikel ini ditulis. Namun ia mungkin tidak lagi menggunakannya pada waktu yang lain (jika berlaku).

    Sebagai bukti, sila taipkan /admin selepas nama domain. Contoh onking.com.my/admin

    Anda akan dipaparkan login admin web tersebut yang tertera logo OpenCart (penjuru kiri atas).

Kemudahan Kursus

√ PC dan Internet yang laju dan stabil disediakan untuk kursus yang diadakan di JomTraining Centre (JTC), Puchong Prima, Selangor.

√  Capaian Internet secara wireless dan wired maksima sehingga 300Mbps.

√  PC dan Internet broadband bawa sendiri untuk kursus di luar JTC.

√  Makan dan minum disediakan untuk kursus anjuran JTC.

√  Support selepas kursus melalui sistem Helpdesk JomTraining.

√  Penginapan peserta tidak disediakan.

Pengajar

Sdr. Zaki Yusof adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau juga merupakan seorang Trainer bertauliah PSMB (Pembangunan Sumber Manusia Berhad) di bawah Kementerian Sumber Manusia. 

Beliau berpengalaman dalam khidmat latihan IT sejak 2008 dan merupakan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam pengajaran kedai online e-commerce.

Beliau telah melatih ribuan peserta dalam program keusahawanan online dengan kerjasama antara MYNIC Berhad (agensi di bawah KKMM) selama tempoh 3 tahun.

LO Diterima

Tahap

Asas (1 Hari)

Asas - Pertengahan (3 Hari)

Asas - Lanjutan (5 Hari)

Kenapa di JTC?

HRDF CLAIMABLE

SIJIL DIBERIKAN

BONUS DIBERIKAN

TRAINER BERPENGALAMAN

BAHASA MELAYU

MUDAH FAHAM

MAKAN & MINUM

SEJAK 2008

DEKAT LRT

LAPTOP DISEDIAKAN

WIRED / WIRELESS INTERNET

BERSIH & SELESA

SUPPORT