Kursus Web Profesional CMS Joomla! 3.9.x (versi terkini) Untuk Web Kerajaan / Swasta

Asas, Pertengahan, Lanjutan

Pengenalan

Penampilan sesebuah laman web adalah melambangkan profesionalisme sesebuah organisasi. 

Ia adalah pandangan pertama yang harus diberi perhatian. Tidak kira samada pihak kerajaan atau swasta, web yang menonjolkan gaya korporat dan professional lebih diyakini oleh pengunjung berbanding web yang tiada ciri-ciri demikian. 

Laman web yang tidak dikemaskini dan diselenggara dengan baik, ianya juga boleh menjejaskan imej, reputasi dan profesionalisma sesebuah organisasi. 

Hari ini, web responsive adalah kriteria penting kerana web perlu mudah dilihat di mobile device pengguna seperti smart phone, ipod, ipad, tablet dan sebagainya. Oleh itu Joomla! sangat praktikal tujuan tersebut. 

Joomla! banyak digunakan oleh Kementerian, Jabatan, Agensi kerajaan dan swasta di Malaysia untuk laman web rasmi atau portal mereka. 

Joomla! juga mempunyai extension yang pelbagai dan menarik untuk digunakan bagi memenuhi keperluan sesebuah web korporat.

Objektif

  • Latihan 100% secara praktikal membangunkan sebuah laman web gaya korporat dan profesional bermula daripada zero hingga berjaya menyiapkannya menggunakan CMS Joomla! 3.x (versi terkini) walaupun versi terkini baru release jam 2pagi.

  • Dapat mentadbir dan mengurus web Joomla sendiri dengan mudah dan menguasai fungsi-fungsi penting yang ada di dalam Joomla! 3.x (versi terkini).

  • Tidak perlu lagi bergantung kepada vendor sepenuhnya. Jimat kos dan masa.

  • Mengetahui kegunaan dan potensi yang boleh diekploitasi melalui Joomla! 3.x (versi terkini) dalam pembangunan sesebuah laman web.

Sasaran Peserta

√ Pegawai / Pen. Pegawai Teknologi Maklumat kakitangan kerajaan atau swasta yang bertanggungjawab dalam pembangunan dan penyelenggaraan laman web jabatan.

√ Web Developer / System Developer / Web Admin.

 Pengurus IT yang ingin tahu dan menilai kemampuan Joomla!

√ Pelajar / individu awam yang ingin tahu cara menggunakan Joomla!

Metodologi

Latihan 100% secara praktikal 1 orang 1 komputer dengan ditunjuk ajar oleh tenaga pengajar.

  • Latihan memasang perisian Web Server (di local pc) yang diperlukan.

  • Latihan memasang web CMS Joomla! 3.x (versi terkini) di komputer masing-masing.

  • Latihan membina laman web CMS Joomla! 3.x (versi terkini) mengikut bab dan tajuk selaras dengan keperluan ProBe / Muse.

  • Latihan memasang web Joomla! di domain & hosting sebenar. Domain dan hosting sebenar disediakan (untuk tujuan pembelajaran). Konsep ini penting dalam situasi sebenar yang memerlukan anda tahu bagaimana memasang web di Internet.

Laman Web Yang Menggunakan Joomla! Sila lihat.

  1. Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) – www.treasury.gov.my
  2. Kementerian Dalam Negeri (KDN) – www.moha.gov.my
  3. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – www.moe.gov.my
  4. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) – www.kbs.gov.my
  5. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) – www.kkmm.gov.my

Web di atas disahkan menggunakan CMS Joomla! ketika artikel ini ditulis. Namun ia mungkin tidak lagi menggunakannya pada waktu yang lain (jika berlaku ianya di luar kawalan kami).

Sebagai bukti sila install aplikasi ini di web browser anda. Selepas install buka web browser dan taipkan setiap laman web di atas. Rujuk icon di hujung ruangan URL web browser. Klik pada ikon Wapplyzer (berwarna biru dan lihat info CMS).  

Kemudahan Kursus

√  Laptop dan Internet yang laju dan stabil disediakan untuk kursus yang diadakan di JomTraining Centre (JTC), Puchong Prima, Selangor. 

√  Capaian Internet secara wireless dan wired maksima sehingga 300Mbps.

√  PC dan Internet broadband bawa sendiri untuk kursus di luar JTC.

√  Makan dan minum disediakan untuk kursus anjuran JTC.

√  Support selepas kursus melalui sistem Helpdesk JomTraining.

√  Penginapan peserta tidak disediakan.

Pengajar

Sdr. Zaki Yusof adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau juga merupakan seorang Trainer bertauliah PSMB (Pembangunan Sumber Manusia Berhad) di bawah Kementerian Sumber Manusia. 

Beliau berpengalaman dalam khidmat latihan IT sejak 2008 dan merupakan tenaga pengajar yang berpengalaman dalam pengajaran Joomla! sejak versi 2.x hingga versi terkini 3.x.

Beliau telah melatih ratusan kakitangan kerajaan dan swasta berkenaan mahir Joomla! samada secara kursus in-house atau terbuka. 

Beliau telah mencipta satu kaedah yang memudahkan dan menyeronokkan dalan pembelajaran Joomla! iaitu dinamakan 3 Formula Rahsia Joomla!.

Kaedah ini menjadikan belajar Joomla! adalah mudah dan tiada dimana-mana panduan kecuali di dalam kursus kendaliannya sahaja.

LO Diterima

Tahap

Asas (1 Hari)

Asas - Pertengahan (3 Hari)

Asas - Lanjutan (5 Hari)

Kenapa di JTC?

HRDF CLAIMABLE

SIJIL DIBERIKAN

TRAINER BERPENGALAMAN

BAHASA MELAYU

MUDAH FAHAM

BONUS DIBERIKAN

SEJAK 2008

MAKAN & MINUM

DEKAT LRT

LAPTOP DISEDIAKAN

WIRED / WIRELESS INTERNET

SUPPORT

BERSIH & SELESA