Kursus Joomla! Online PERKESO

Kursus Joomla! Online (Group Coaching) telah selesai diadakan pada 26 – 28 Mac 2021 tempohari khas untuk 4 orang kakitangan PERKESO.

Dalam kursus ini saya ajarkan cara-cara membina web Joomla! bermula daripada kosong sehingga dapat membinanya sendiri.

Saya berikan juga bonus Page Builder Pro untuk memudahkan membuat laman web Joomla! mengikut citarasa sendiri tanpa koding!

Dengan menggunakan Page Builder Pro ini, tak perlulah lagi pening-pening nak develop template. Infact, buatlah apa saja rekabentuk web Joomla! yang diingini. Semuanya mudah dan boleh buat.

Saya ajarkan juga cara membuat backup dan restore. Cara meletakkan web Joomla! di Internet dan paling mereka nak tahu (permintaan utama) ialah cara membuat borang online.

Semua fungsi borang online juga berjalan baik iaitu ada emel routing apabila borang diterima dan notifikasi kepada admin.

Saya juga berikan mereka akses menggunakan hosting sebenar. Saya tunjukkan bagaimana caranya meletakkan web Joomla! di Internet. Ini membolehkan web yang mereka hasilkan dapat diakses di Internet.

Kursus secara online kali ini juga saya menggunakan aplikasi yang buat pertama kalinya saya gunakan iaitu Lark (larksuite.com)

Ciri dan fungsinya macam Zoom tetapi yang bestnya ia percuma (sehingga 100 orang – buat masa ini, akan datang tak tahulah) dan ia juga boleh merekod video online yang diadakan.

Setakat 3 hari penggunaan aplikasi tersebut saya berpuashati dengan aplikasi ini.

Sebabnya utamanya ia boleh merekod dan rakaman video tersebut terus disimpan di dalam aplikasi ini dengan cepatnya (tanpa perlu rendering seperti Zoom yang ambil masa beberapa lama).

Lark juga memberikan 200GB saiz di cloud.

Anda nak belajar Joomla! secara online. Klik di sini -> https://kelasonline.jomtraining.my

 

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email
Share on print
Print

Ditulis oleh:

Zaki Yusof

Zaki Yusof

Beliau adalah founder JomTraining Centre. Beliau juga seorang Trainer dan Web Developer untuk Joomla!, WordPress dan OpenCart. Beliau berpengalaman mengajar kepada ribuan kakitangan kerajaan dan swasta, usahawan, pelajar dan pelbagai golongan dalam pembangunan laman web korporat, profesional dan e-commerce sejak 2008.

Nak dapat Update Terbaru JTC?