Kursus Pemasaran Emel MailChimp untuk Institut Koperasi Malaysia

Buat pertama kalinya sebuah badan berkanun iaitu Insitut Koperasi Malaysia melantik JomTraining untuk mengendalikan kursus Pemasaran Emel menggunakan MailChimp.

Kursus diadakan selama 1 hari iatu pada 15 April 2021 di bilik latihan Institut. Kursus bermula jam 9 pagi hingga 4.30 petang.

Saya berasa teruja untuk berkongsi pengalaman dan pembelajaran ini kerana saya juga menggunakan sistem Autoresponder sejak 2007 lagi sehingga kini.

Kursus dihadiri oleh 10 orang peserta yang terdiri dari kakitangan IT dan bukan IT.

Mereka diajar cara-cara menggunakan MailChimp daripada permulaan membuka akaun sehingga boleh membina Website di dalam MailChimp.

Talian Internet di sini memuaskan dengan kelajuan 80Mbps yang dapat memudah dan melancarkan kursus yang diadakan.

Sememangnya kursus ini memerlukan talian Internet yang stabil dan berkelajuan tinggi kerana semuanya perlu mengakses ke MailChimp.

Ini kali pertama saya menerima jemputan daripada pihak kerajaan untuk mengendalikan kursus Pemasaran Emel Autoresponder.

Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Insitut kerana inistiatif mereka menggunakan pemasaran emel yang  betul, sah dan sistematik dalam organisasi mereka.

Seharusnya ramai lagi pihak lain yang perlu mencontohi Institut ini dalam pemasaran emel dan tidak lagi menggunakan kaedah emel konvensional yang sangat tidak profesional.

 

 

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email
Share on print
Print

Ditulis oleh:

Zaki Yusof

Zaki Yusof

Beliau adalah founder JomTraining Centre. Beliau juga seorang Trainer dan Web Developer untuk Joomla!, WordPress dan OpenCart. Beliau berpengalaman mengajar kepada ribuan kakitangan kerajaan dan swasta, usahawan, pelajar dan pelbagai golongan dalam pembangunan laman web korporat, profesional dan e-commerce sejak 2008.

Nak dapat Update Terbaru JTC?