Kursus PHP Laravel Framework & MySQL untuk Kraftangan

Kursus yang ditangguhkan tempohari akhirnya telah dapat dijalankan. Ianya telah selesai pada beberapa hari lepas.

Alhamdulillah Cikgu telah pulih dan dapat memulakan tugas untuk kursus ini.

Kursus khas iaitu Group Coaching bermula dari pembelajaran tahap Asas hingga Lanjutan.

2 sesi kursus ini telah diadakan iaitu pada 22 – 24 Mac 2021 selama 3 hari untuk tahap Asas telah berjaya dilaksanakan.

Sesi kedua pula telah diadakan pada 5 – 6 April 2021 untuk tahap Pertengahan.

Seramai 6 orang kakitangan IT Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan) menghadiri group coaching ini.

Ada lagi beberapa sesi yang akan dilaksanakan selepas Hari Raya nanti.

Tujuan dan objektif utama diadakan group coaching ini adalah untuk memberikan tumpuan khas hanya kepada mereka supaya mereka dapat memahami, membina dan menyelenggara sendiri sistem menggunakan PHP Laravel Framework dan MySQL untuk organisasi kelak.

Untuk pengetahuan, mereka juga mempunyai sebuah portal E-Commerce Marketplace dan ia dibangunkan menggunakan platform PHP Laravel Framework dan MySQL oleh pihak vendor.

Oleh yang demikian mereka jugalah yang akan bertanggungjawab mengurus dan menyelenggara portal ini.

Dengan sebab itu kepandaian PHP Laravel Framework dan MySQL sangatlah diperlukan termasuklah untuk membangunkan pelbagai sistem dalaman mereka kelak.

Semoga mereka dapat belajar dengan tekun kelak pada sesi akan datang pula.

 

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email
Share on print
Print

Ditulis oleh:

Zaki Yusof

Zaki Yusof

Beliau adalah founder JomTraining Centre. Beliau juga seorang Trainer dan Web Developer untuk Joomla!, WordPress dan OpenCart. Beliau berpengalaman mengajar kepada ribuan kakitangan kerajaan dan swasta, usahawan, pelajar dan pelbagai golongan dalam pembangunan laman web korporat, profesional dan e-commerce sejak 2008.

Nak dapat Update Terbaru JTC?