Seperti yang dirancang, pada 16 – 18 Mac pihak JTC akan mengendalikan kursus PHP Programming Tahap Asas khas kepada kakitangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
Kursus yang akan dihadiri oleh 6 orang kakitangan dan dijalankan di JTC selama 3 hari akan diadakan secara group coaching.
Ini adalah kursus peringkat awal sebelum kursus selanjutnya iaitu PHP Laravel Framework & MySQL yang akan diadakan pada tarikh yang akan datang pula.
Segala persiapan kedua-dua pihak telah pun dibuat termasuk penyediaan bilik latihan, nota kursus dan sebagainya.
Namun, manusia hanya mampu merancang tetapi Allah jua yang menentukan. Trainer berpengalaman kami pada hari Sabtu 13 Mac 2021 telah dimasukkan ke hospital kerana kurang sihat.
Memandangkan keadaan beliau yang masih kurang sihat dan dalam pemulihan, maka pihak kami telah memaklumkan kepada pihak Kraftangan dan terpaksa menangguhkan kursus tersebut ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Kami memohon maaf di atas perkara ini dan kursus akan diadakan sebaik sahaja beliau kembali sihat.
Kami mendoakan semoga beliau cepat sihat. Amiin.