Selamat Menyambut Ramadhan dan Berpuasa

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 2021 pada tahun ini.

Alhamdulillah dipertemukan kita sekali lagi dengan Ramadhan.

Istimewanya kali ini, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membenarkan solat Tarawih diadakan mengikut SOP ditetapkan.

Dapatlah kali ini saya menunaikan solat Tarawih di Surau Ar-Raudhah di kediaman saya. Alhamdulillah.

Selepas Tarawih dapat pula diadakan Tadarus Al-Quran.

Bertuahnya kita dalam bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini segala amalan sunat digandakan seperti amalan fardhu, manakala amalan fardhu pula digandakan 70 kali ganda.

Mari kita merebut peluang yang istimewa ini yang hanya datang setahun sekali.

Tahun depan tak tahu lagi. Adakah kita berpeluang lagi?

Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Jangan dilupakan juga 10 akhir untuk merebut malam Al-Qadar yang menyamai amalan 1,000 bulan!

SELAMAT BERPUASA DAN DOAKAN KEBAIKAN UNTUK SEMUA.

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email
Share on print
Print

Ditulis oleh:

Zaki Yusof

Zaki Yusof

Beliau adalah founder JomTraining Centre. Beliau juga seorang Trainer dan Web Developer untuk Joomla!, WordPress dan OpenCart. Beliau berpengalaman mengajar kepada ribuan kakitangan kerajaan dan swasta, usahawan, pelajar dan pelbagai golongan dalam pembangunan laman web korporat, profesional dan e-commerce sejak 2008.

Nak dapat Update Terbaru JTC?