Tamat sudah Kursus MS PowerPoint untuk Para Doktor KKM

Alhamdulillah telah selesai kursus MS PowerPoint selama 2 hari untuk kakitangan KKM yang dihadiri oleh para doktor, jururawat dan kakitangan pentadbiran pada Jumaat lepas 9 April 2021.

Kursus yang diadakan 2 hari tersebut telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.

JTC mengendalikan kursus ini secara sepenuhnya mulai dari penyediaan sarapan pagi, makan tengahari, minum petang, penyediaan bilik kursus, kemudahan laptop, talian Internet dan tenaga pengajar.

Masing-masing peserta berpuashati dengan kursus yang disertai. Semua peserta menerima sijil kursus dan cenderahati yang kami berikan.

Maklumbalas kursus yang diberikan sangat memberangsangkan dengan kebanyakan peserta memberi rating ianya sangat berkesan.

Di akhir kursus, setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil kerja kumpulan dengan tajuk masing-masing mengikut kemahiran yang telah dipelajari.

 

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email
Share on print
Print

Ditulis oleh:

Zaki Yusof

Zaki Yusof

Beliau adalah founder JomTraining Centre. Beliau juga seorang Trainer dan Web Developer untuk Joomla!, WordPress dan OpenCart. Beliau berpengalaman mengajar kepada ribuan kakitangan kerajaan dan swasta, usahawan, pelajar dan pelbagai golongan dalam pembangunan laman web korporat, profesional dan e-commerce sejak 2008.

Nak dapat Update Terbaru JTC?