Latar belakang

JomTraining Centre atau ringkasnya JTC telah mula beroperasi pada bulan Februari 2008. Ia berstatus bumiputera dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

JTC adalah suatu jenama, bukan nama syarikat. JTC menyediakan khidmat latihan terutamanya khidmat latihan dalam bidang IT. Ia terbuka kepada semua sektor pelanggan iaitu kerajaan, swasta atau individu.

JTC juga menyediakan kemudahan sewaan bilik untuk kursus, seminar dan latihan berskala kecil dan sederhana yang lengkap dengan kemudahan surau, bilik makan, projektor, komputer, internet berkelajuan tinggi UniFi dan keperluan lain yang bersesuaian.

Sejak mula beroperasi, JTC telah melatih ramai kakitangan dalam kursus-kursus tertentu. Mereka terdiri daripada pelbagai jawatan daripada pelbagai jabatan kerajaan, swasta, orang perseorangan dan juga pelajar IPT / IPTS.

Pejabat Urusan JTC terletak di Pusat Perdagangan Puchong Prima, Taman Puchong Prima, Selangor. 

Untuk mengetahui kursus yang diadakan ketika ini bolehlah melihat senarai dan jadual kursus di laman web ini. JTC juga boleh melaksanakan kursus selain IT jika diberi kepercayaan dan peluang.

JTC diuruskan  oleh syarikat Adlina Resources. Adlina Resources merupakan anak syarikat kepada LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd. yang telah ditubuhkan sejak tahun 2008.

Visi, Misi dan Objektif

Visi

Menjadi sebuah pusat latihan yang dikenali di seluruh Malaysia dalam melatih dan membimbing kakitangan organisasi sehingga dapat menghasilkan mutu kerja yang terbaik, cekap dan berkesan.

Misi

  1. Memberi perkhidmatan latihan yang berkualiti, profesional, cekap dan berkesan selaras dengan piawaian yang ditetapkan.

  2. Menjalin kerjasama erat dengan pelbagai pihak samada swasta, badan kerajaan atau individu bagi meningkatkan lagi kualiti dan keberkesanan latihan sesebuah organisasi.

Objektif

  • Menyedia dan memberi khidmat latihan secara profesional dan berkualiti kepada pelanggan.

  • Menyediakan kemudahan sewaan bilik latihan bersakala kecil dan sederhana yang selesa, bersih, mesra ibadah dan menyenangkan semua pelanggan.

Perkhidmatan

1. Mengadakan dan menganjurkan kursus, seminar dan latihan berasaskan IT dan Soft Skill samada untuk kakitangan kerajaan, swasta atau individu.

2. Menyediakan kemudahan penyewaan bilik latihan dan kursus berskala kecil dan sederhana yang selesa dan tersedia kemudahan yang bersesuaian termasuk UniFi berkelajuan tinggi dan projektor secara percuma.

3. Mengadakan dan menganjurkan kursus dan latihan yang bersesuaian mengikut permintaan pelanggan.

4. Menyediakan sewaan komputer (notebook), projektor, printer dan keperluan khidmat latihan.

5. Menyediakan perkhidmatan tambahan yang sesuai dengan kepakaran semasa yang dimiliki.

Amalan Budaya JTC

  • Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai perantara. Komunikasi pertuturan dan penulisan kami akan menggunakan bahasa Melayu yang betul.

  • Mengamalkan kesopan santunan budaya Melayu tinggi. Kami memuliakan semua pelanggan kami dengan panggilan yang selayaknya mengikut kesopanan Melayu.

  • Patuh syariah. Kami sebaik mungkin akan memberi gambaran yang sebenarnya untuk sesuatu kursus atau perkhidmatan kami yang lain. Kami sama sekali tidak akan memberi dan menerima rasuah.

  • Akur kepada kebenaran biarpun ianya pahit. Kami tidak mengutamakan sesuatu secara membuta tuli. Kami akur jika ianya memang suatu yang benar. Begitu juga sebaliknya.